Categories
Berita Semasa

MSF : Kekejaman di Gaza yang tidak pernah dilihat sebelum ini

Jumaat, 03-11-2023 – Doktor Tanpa Sempadan ataupun digelar sebagai Medecins Sans Frontiers (MSF) mengulangi panggilan mereka pada hari Isnin untuk gencatan senjata dengan segera di Semenanjung Gaza yang dikepung untuk menghalang lebih banyak kematian dan juga membenarkan kemasukan bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan.

MSF berkata dalam satu kenyataan :”Utara Gaza sedang dihancurkan sehingga ke tanah, tetapi seluruh Semenanjung juga telah dibom. Tiada lagi tempat yang selamat untuk penduduk Gaza berlindung.”

“Penyeruan resolusi Perhimpunan Agung PBB untuk gencatan senjata kemanusiaan tidak mendatangkan sebarang kesan setakat ini dalam mengekang kekejaman yang masih berleluasa dan sewenang-wenangnya terhadap penduduk di Gaza. Masyarakat dunia perlu mengambil tindakan yang lebih tegas untuk berhentikan pertumpahan darah” tambahnya.

“Orang ramai telah dibunuh dan terpaksa berpindah dari rumah mereka, dan juga bekalan air dan minyak yang teramat sedikit. Kekejaman yang dilakukan kepada mereka adalah kekejaman diskala yang tidak pernah dilihat di Gaza” tambah MSF.

Bekalan perubatan di hospital juga semakin habis. Awal minggu ini, Dr. Mohammed Obeid, pakar bedah MSF di Gaza menerangkan keadaan yang berlaku : ” Hospital telah dibanjiri oleh pesakit. Amputasi dan pembedahan telah dilakukan tanpa penggunaan bius yang tepat. Dan bilik mayat juga dibanjiri dengan jenazah mereka”

Pertubuhan perubatan juga menggariskan bahawa pemutusan komunikasi juga telah mengehadkan keupayaan doktor dalam tugas mereka dalam memberi bantuan perubatan terhadap jumlah pesakit yang amat besar. Bahan api yang terputus juga telah menyebabkan ribuan penduduk yang terperangkap dalam runtuhan termasuk wanita mengandung dan warga emas tidak dapat mencari bantuan yang sangat diperlukan. MSF telah terputus hubungan dengan kebanyakkan ahli mereka disebabkan pemutusan komunikasi.

“Di seluruh Gaza, jumlah orang yang cedera yang memerlukan bantuan perubatan segera jauh melebihi kapasiti sistem kesihatan, yang kini mempunyai sekitar 3,500 katil. Menurut Kementerian Kesihatan tempatan, lebih daripada 7,760 orang telah terbunuh dan 21,400 orang telah cedera di Gaza sejak 7 Oktober. Jumlah mangsa yang begitu ramai dalam masa yang singkat juga amatlah luar biasa, berbanding dengan serangan besar-besaran Israel sebelum ini” MSF berkata.

“Kemudahan kesihatan seperti Hospital Al Shifa di Bandaraya Gaza, di mana beberapa kakitangan MSF terus bekerja,dibanjira dengan pesakit. Arahan tentera Israel untuk mengosongkan hospital di seluruh utara Gaza adalah berbahaya dan amat tidak berperikemanusiaan,” tambahnya.

Organisasi perubatan kemanusiaan menyatakan bahawa “Sehingga malam Jumaat, Hospital Al Shifa berada dalam kapasiti penuh dengan pesakit yang mendapatkan rawatan perubatan, dan berpuluh-puluh ribu yang lain mencari perlindungan yang selamat. Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, pesakit, pekerja kesihatan, dan kemudahan kesihatan mesti dilindungi pada setiap masa.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hazbi

Bagi pihaknya, Presiden Antarabangsa MSF, Dr. Christos Christou berkata: “Orang yang tidak berdaya sedang mengalami pengeboman yang mengerikan. Keluarga tidak mempunyai tempat untuk lari atau bersembunyi, seperti neraka telah dilepaskan kepada mereka. Air, makanan, bahan api, bekalan perubatan, dan bantuan kemanusiaan di Gaza perlu segera dipulihkan. Kami memerlukan gencatan senjata sekarang”

Christou menggariskan bahawa “Seluruh penduduk Gaza, lebih 2.2 juta orang, menderita di bawah pengepungan Israel. Ini adalah hukuman kolektif, yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

Beliau menegaskan pihak berkuasa Israel masih menghalang kemasukan bahan api ke Gaza, yang amat penting untuk membekalkan tenaga kepada hospital serta loji penyahgaraman yang menghasilkan air minuman bersih.

“Sebelum 7 Oktober, antara 300 hingga 500 trak bekalan menyeberang ke Gaza setiap hari, di mana kebanyakan orang sudah bergantung kepada bantuan kemanusiaan kerana sekatan selama bertahun-tahun. Sejak lintasan sempadan Rafah dibuka semula pada 21 Oktober, hanya 84 trak bantuan telah memasuki Gaza, menurut agensi kemanusiaan PBB. Ini adalah tindak balas yang sangat tidak mencukupi kepada keperluan yang berterusan dan semakin meningkat di Gaza,” jelasnya.

“Kami bersedia untuk meningkatkan kapasiti bantuan kami di Gaza. Kami mempunyai pasukan bersiap sedia untuk menghantar bekalan perubatan dan memasuki Gaza untuk menyokong tindak balas perubatan kecemasan, sebaik sahaja keadaan mengizinkan. Tetapi selagi pengeboman berterusan dengan keamatan semasa, sebarang usaha untuk meningkatkan bantuan perubatan tidak dapat dielakkan,” kata Dr. Christou.