
Jumaat, 03-11-2023 – Menteri Hak Sosial Sepanyol, Ione Belarra memperingatkan negara-negara Kesatuan Eropah akan bahaya jatuh ke dalam perangkap penglibatan dengan Israel dalam genosid yang dilakukan di Semenanjung Gaza.
Dalam hantaran videonya di platform “X”, Belarra mengecam peristiwa menyakitkan yang terjadi pada malam hari di Gaza. Beliau menyampaikan pidatonya dengan sangat jujur kepada para pemimpin Eropah dengan mengatakan, “Setelah malam yang mengerikan di Gaza ini, saya ingin menyampaikan pesan ringkas namun sangat penting bagi para pemimpin Eropah: Jangan membuat kami terlibat dalam genosid massal … Bergeraklah kalian.”
Menteri Sepanyol ini menyatakan keprihatinannya yang mendalam ke atas meningkatnya serangan Israel di Semenanjung Gaza, khususnya di wilayah utara.Beliau turut menyeru kepada Kesatuan Eropah untuk tidak menyokong tindakan Israel dan melakukan sesuatu.
Beliau menyatakan bahawa Israel telah memutuskan semua saluran komunikasi di Semenanjung Gaza dan Israel berusaha menutup kejahatannya di Semenanjung Gaza.
Belara bertanya tentang kemungkinan yang ada untuk melakukan intervensi dan menghentikan kehancuran yang terjadi di wilayah tersebut dengan melemparkan soalan “Tidak adakah yang boleh berbuat apa-apa terhadap apa yang terjadi di Gaza?” Menteri Sepanyol ini mengusulkan serangkaian langkah praktis yang dapat diambil oleh negara-negara Eropah termasuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, memberi tekanan ekonomi dan menyeru agar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip