Categories
Berita Semasa

Hospital di Gaza Rayu Bantuan Sumber Bahan Api Demi Selamatkan Nyawa

Isnin, 06-11-2023 – Kementerian Kesihatan di Gaza kini mengeluarkan amaran akhir berkenaan dua buah hospital besar di Gaza bahawa pihak mereka bakal berdepan kehilangan perkhidmatan perubatan apabila bahan api habis digunakan.

Pada Selasa lalu, wakil jurucakap Kementerian Kesihatan iaitu Ashraf Qudra menyatakan dalam sidang akhbar bahawa penjana kuasa di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia akan berhenti berfungsi dalam beberapa jam sahaja jika tiada bekalan bahan api sewajarnya.

“Kami telah menyatakan kebimbangan kami (tentang keadaan hospital) kepada negara-negara pengeluar minyak untuk membantu secara terus dengan membekalkan bahan api kepada Pusat Perubatan Al-Shifa dan Hospital Indonesia demi menyelamatkan nyawa mangsa yang sakit dan
cedera,” beliau berkata.

Beliau juga menambah “keperluan sangat mendesak untuk hospital memandangkan nyawa 42 orang kanak-kanak yang bergantung kepada alat inkubator, 62 orang yang tercedera serta pesakit yang bergantung kepada alat bentuan pernafasan (ventilator), 650 orang pesakit kegagalan buah pinggang, dan ratusan lagi dalam bilik pembedahan.”

Jurucakap berkenaan juga turut memohon kepada pemilik stesen minyak dan individu berkemampuan turut membantu Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia dengan bantuan bahan api demi nyawa masyarakat di sana.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq