
Isnin, 06-11-2023 – Kementerian Kesihatan Gaza telah melaporkan bahawa korban keganasan Israel keatas bumi Gaza telah meningkat kepada 8776 orang syahid termasuklah 3648 kanak-kanak dan 2290 wanita sejak serangan itu bermula pada 7 Oktober yang lalu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra dalam sidang media berkata: Pencerobohan ini juga telah mengakibatkan 22219 orang cedera. Kementerian dimaklumkan bahawa masih terdapat 2030 orang mangsa yang terperangkap dibawah runtuhan sehingga kini, separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.
Seramai 132 staf perubatan telah gugur syahid disebabkan serangan ganas Israel. 16 hospital turut berhenti beroperasi kerana menjadi target pengeboman Israel dan telah kehabisan bahan api, termasuk yang terakhir Hospital Persahabatan Turki – Palestin.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Nur Amnah