Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis bunuh pemuda Palestin, cederakan 5 yang lain di Al-Khalil

Rabu, 08-11-2023 – Isnin lalu, rejim Zionis telah membunuh seorang pemuda Palestin di bandar al-Khalil Tebing Barat. Lima lagi cedera, termasuk tiga yang kritikal. Ia berlaku selepas pihak rejim menceroboh
bandar Halhoul di utara al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pertembungan meletus selepas pihak rejim menyerbu bandar tersebut dan mula menembak peluru hidup, bom tangan serta gas ke arah rakyat Palestin yang berhadapan dengan tentera penceroboh Israel.

Pemuda yang telah gugur syahid itu dikenal pasti sebagai Mahmoud Al-Atrash, 21 tahun. Puluhan kes sesak nafas yang lain juga telah dilaporkan.

Sementara itu, sumber media Israel berkata bahawa polis Israel telah menembak mati seorang
pemuda Palestin berusia 16 tahun di bandar Baitulmaqdis yang diduduki Zionis pada hari Isnin

selepas pemuda itu didakwa telah menikam dua pegawai sempadan berhampiran Bab al-Sahera di luar Old City, tindakan itu telah mencederakan seorang daripada mereka dengan parah dan dan seorang lagi cedera ringan. Ini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang gugur syahid di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober lalu seramai 162 orang.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf