Penghapusan Etnik – Jumlah Korban Meningkat Kepada 10,569 Orang

Jumaat, 10-11-2023 – Kementerian Kesihatan pada hari Rabu menyatakan bahawa jumlah kematian hasil
daripada kekejaman tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza kini meningkat lebih 10,569
orang yang melibatkan 4,324 kanak-kanak dan 2,823 wanita.

Dalam sidang media pada tengah hari Rabu, jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra
menyatakan jumlah mangsa tercedera telah melebihi 26,475 orang.

Al-Qudra turut menambah bahawa 241 rakyat Palestin terkorban dalam serangan Israel di Gaza
semasa 27 kali pembunuhan dalam masa 24 jam. Hal ini menambah peratusan kepada 49%
jumlah mangsa dari Selatan Gaza di mana Israel menyatakan bahawa Selatan Gaza adalah
tempat paling selamat untuk berpindah.

Jurucakap tersebut juga menyatakan bahawa kementerian kesihatan menerima 2,500 laporan
orang hilang, termasuklah 1,350 kanak-kanak yang masih tertimbus di bawah runtuhan.
Hampir setiap hari tentera Israel melakukan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza
sejak daripada operasi antara sempadan oleh Sayap Kanan Hamas “Bridged al-Qassam” pada
7 Oktober lalu.

Selain daripada jumlah mangsa dan perpindahan rakyat yang tinggi, keperluan makanan asas,
bahan api, minuman, dan bekelan perubatan turut habis bagi 2.3 juta orang rakyat yang tinggal
di Gaza sejak kawalan ketat Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq