Kementerian Kesihatan Palestin: 10,328 Terbunuh Dalam Serangan Kejam Israel

Jumaat, 10-11-2023 – Ketika serangan kejam Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-32 pada Selasa, 10 September, jumlah kematian telah meningkat kepada lebih daripada 10,328 mangsa, manakala jumlah kecederaan mencapai lebih daripada 25,956 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Jurucakap kementerian, Ashraf Al-Qudra, mengesahkan bahawa tentera Israel juga telah melakukan 21 pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh 24 jam yang lalu, mengakibatkan kematian 548 orang awam, yang majoriti daripadanya ialah rakyat yang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Al-Qudra menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persatuan Bulan Sabit Merah untuk melindungi kemudahan kesihatan dan ambulans, memastikan laluan mereka selamat, dan menghentikan ancaman Israel terhadap kemudahan kesihatan.

Beliau juga menyeru semua pihak untuk menyediakan lorong kemanusiaan yang selamat bagi memastikan kemasukan bantuan, ubat, dan bekalan bahan api.

Beliau turut menekankan keperluan untuk menyediakan bekalan darah yang banyak kepada hospital Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah