Amnesty: Kes-kes penyeksaan yang mengerikan terhadap tahanan Palestin

Rabu, 15-11-2023 – Pihak berkuasa Israel telah meningkatkan penggunaan penahanan pentadbiran secara mendadak, satu bentuk penahanan arbitrari terhadap rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat yang diduduki; lanjutan kepada langkah kecemasan yang memudahkan perlakuan tidak berperikemanusiaan dan merendahkan layanan terhadap banduan; dan gagal menyiasat insiden penyeksaan dan kematian dalam tahanan sejak empat minggu lalu, kata Amnesty International pada Khamis.

Sejak 7 Oktober, tentera Israel telah menahan lebih 2,200 lelaki dan wanita Palestin, menurut Kelab Tahanan Palestin.

Jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditahan dalam tahanan pentadbiran tanpa pertuduhan atau perbicaraan meningkat daripada 1,319 kepada 2,070 di antara 1 Oktober dan 1 November .

Keterangan daripada tahanan yang dibebaskan dan peguam hak asasi manusia, serta rakaman video dan imej menggambarkan beberapa bentuk penyeksaan dan penganiayaan terhadap banduan telah dikenakan oleh tentera Israel sejak empat minggu lalu. Antaranya adalah pukulan teruk dan penghinaan terhadap tahanan, termasuk dengan memaksa mereka menundukkan kepala, melutut di atas lantai semasa pengiraan banduan, dan menyanyikan lagu Israel.

“Sepanjang bulan lepas, kami telah menyaksikan perubahan ketara dalam penggunaan penahanan pentadbiran oleh Israel – penahanan tanpa pertuduhan atau perbicaraan yang boleh diperbaharui selama-lamanya – yang sudah berada pada paras tertinggi 20 tahun sebelum peningkatan terbaru dalam permusuhan pada 7 Oktober. Penahanan pentadbiran adalah salah satu alat utama di mana Israel telah menguatkuasakan sistem apartheid terhadap rakyat Palestin. Testimoni dan bukti video juga menunjukkan banyak insiden penyeksaan dan layanan buruk lain oleh tentera Israel termasuk pukulan teruk dan penghinaan yang disengajakan terhadap rakyat Palestin yang ditahan dalam keadaan teruk,” kata Heba Morayef, Pengarah Serantau Amnesty untuk Timur Tengah dan Afrika Utara.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah