
Rabu, 15-11-2023 – Gerakan HAMAS telah menggesa peningkatan protes Pro-Palestin di seluruh dunia diteruskan bagi menuntut Rejim Zionis menghentikan pencerobohan di Semenanjung Gaza yang telah menyebabkan kanak-kanak bergelut dengan kehausan dan kelaparan.
HAMAS berkata dalam satu kenyataan pada hari Khamis, “Gesaan ni dibuat berdasarkan pencerobohan biadap dan pengeboman Rejim Zionis yang berterusan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza selama 34 hari berturut-turut. Ia juga bagi membantah peningkatan jenayah kejam Rejim Zionis di kala pemotongan bekalan elektrik, bahan api dan makanan ke Semananjung Gaza ini sehingga menyebabkan ramai kanak-kanak menghadapai kematian akibat kebuluran dan kehausan.
” Kami memperbarui seruan kami kepada seluruh rakyat Palestin, negara Arab dan Islam serta seluruh rakyat yang bebas di dunia untuk meningkatkan pergerakan dan mengekalkan protes ini di seluruh bandar, ibu kota dan dataran serta semua pelusuk dunia dalam menyokong pembebasan hak rakyat Palestin, pengembalian dan penentuan nasib sendiri serta mengecam pencerobohan Rejim Zionis dan sokongan Amerika Syarikat”, tambah kenyataan itu.
HAMAS mengisytiharkan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang akan datang sebagai hari solidariti bagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza untuk memberi tekanan kepada Rejim Zionis serta pentadbiran Amerika Syarikat untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang awam di Gaza.
Protes itu dirancang untuk diadakan dengan membawa slogan ” Hentikan kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai.. Kebebasan untuk Palestin,” tambahnya.
Selamna 34 hari berturut-turut, Rejim Zionis telah melancarkan perang berdarah di Semenanjung Gaza memusnahkan bangunan kediaman di atas penduduk mereka dan melakukan beribu-ribu serangan udara mengakibatkan 40,000 syahid, cedera dan hilang di bawah runtuhan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Muhammad Khusairi