Human Rights Watch: Israel tiada bukti yang Hamas menggunakan hospital sebagai markaz ketenteraan.

Khamis, 16-11-2023 – Human Rights Watch berkata bahawa Israel tidak memberikan sebarang bukti yang menunjukkan penggunaan kemudahan perubatan Hamas di Semenanjung Gaza dan menggesa siasatan ke atas serangan Israel terhadap kemudahan tersebut sebagai jenayah perang.

Dalam satu kenyataan, organisasi itu menegaskan bahawa “bukti perisikan” yang didakwa itu tidak mewajarkan mereka untuk menafikan penggunaan hospital dan ambulans yang berada di bawah perlindungan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Serangan berulang-ulang Israel ke atas kemudahan perubatan, kakitangan dan pengangkutan yang telah memusnahkan sistem penjagaan kesihatan Gaza dan perkara ini mesti disiasat sebagai jenayah perang.

Pertubuhan itu berkata, siasatan dibuat keatas serangan beberapa hospital dan kawasan yang berhampiran antara 7 Oktober sehingga 7 November. Beliau bercakap dengan saksi pelarian, 16 pekerja perubatan dan pegawai hospital di Gaza, menganalisis dan mengesahkan data sumber terbuka, termasuk video yang disiarkan di media sosial dan imej satelit, serta pangkalan data WHO.

Pertubuhan itu membuat kesimpulan bahawa dakwaan Israel itu tidak dapat disahkan dan tidak mendapati sebarang maklumat yang mewajarkan serangan ke atas hospital Gaza. Hospital dan kemudahan perubatan lain adalah binaan awam dengan perlindungan khas di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, atau undang-undang perang. Pertubuhan itu menggesa Israel menamatkan serangan yang menyalahi undang-undang serta sekatan ke atas wilayah itu, yang merupakan jenayah perang.

Pertubuhan itu menggesa Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan negara-negara lain menggantung bantuan ketenteraan kepada Israel selagi tenteranya terus melakukan pelanggaran serius dan meluas terhadap orang awam Palestin.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh