
Khamis, 23-11-2023 – Pada Hari Kanak-kanak Sedunia, Hamas telah mengesahkan bahawa darah kanak-kanak di Gaza adalah bukti jenayah Nazi baharu. Hamas juga menyeru agar badan-badan yang bertanggungjawab melabelkan rejim zionis sebagai “memalukan”.
Hamas berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin 20 November 2023, “Ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dunia meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November, pendudukan Nazi Zionis bersama-sama dengan kerajaan haram dan tentera fasisnya meneruskan jenayah keji dan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan terhadap anak-anak kita di Semenanjung Gaza selama 45 hari.”
Dalam kenyataan yang sama turut dinyatakan bahawa jumlah kematian kanak-kanak sudah melebihi 5000 orang manakala beribu-ribu yang lain cedera. Jumlah orang yang cedera di Semenanjung Gaza sudah melebihi 30000 orang dengan 80% daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 1,800 kanak-kanak dilaporkan masih hilang.
Lebih memburukkan keadaan, rejim zionis telah memusnahkan dan mengepung hospital sehingga menjejaskan kanak-kanak yang cedera, para pesakit serta bayi pramatang.
Hamas menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi antarabangsa untuk melaksanakan tugas mereka dalam melindungi kanak-kanak Gaza, selain menuntut agar Israel dimasukkan ke dalam senarai negara-negara yang melanggar hak kanak-kanak di zon konflik dan meminta pemimpin Israel bertanggungjawab atas jenayah perang terhadap kanak-kanak Palestin.
Hamas juga menegaskan bahawa peningkatan jenayah Israel terhadap kanak-kanak Palestin adalah percubaan terdesak untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap perjuangan dan memecahkan keteguhan rakyat Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Iman