Categories
Berita Semasa

Erdogan: Dunia Islam Harus Bertindak Demi Hentikan Kekejaman Israel Terhadap Gaza

Isnin, 27-11-2023 – Presiden Turkiye Recep Erdogan memberi amaran pada Selasa lalu bahawa kejatuhan Gaza bakal meninggalkan kesan mendalam terhadap kesatuan dunia Islam dan menggesa negara-negara Islam menyuarakan penentangan terhadap pendudukan Israel.

Bercakap tentang sekatan di Gaza, Erdogan menekankan tentang keperluan strategi yang komprehensif, yang melibatkan semua ahli dalam Organisasi Kesatuan Islam dan Liga Arab bagi membantu Semenanjung Gaza. Beliau turut menyeru untuk menggunakan kesemua aspek ekonomi, politik, diplomatik, sosiologi dan budaya bagi gencatan senjata dan penghantaran bantuan kepada Gaza serta pembinaan semula selepas peperangan.

“Sekatan (di Gaza) tidak akan berjaya melalui satu atau dua negara, tetapi melalui langkah-langkah serta strategi oleh Organisasi Kesatuan Islam dan Liga Arab,” kata beliau kepada pemberita semasa
penerbangan pulang daripada Algeria. Erdogan menjelaskan bahawa hampir semua negara Eropah pasif
terhadap pembunuhan dan jenayah Israel malah tidak mengambil sebarang usaha bagi menghentikan pembunuhan harian itu.

“Dunia Islam tidak seharusnya berdiam diri dengan hal ini. Kejatuhan Gaza akan mengakibatkan luka yang dalam terhadap kesatuan dan solidariti Dunia Islam,” tambah beliau lagi. Erdogan seterusnya menyebut serangan Israel terhadap Gaza sebagai “keganasan negara” dan “jenayah terhadap kemanusiaan” juga
“genosid”.

Presiden turut menyatakan harapannya bahawa kesakitan dan kesediahan yang turut dirasai masyarakat dunia terhadap gaza akan menjadi satu “harga kesengsaraan penduduk negara Palestin dan
keamanan yang telah lama diimpikan”.

Beliau seterusnya berkata bahawa Turkiye akan terus berusaha untuk memindahkan pesakit Gaza ke negaranya dan akan berbincang hal ini semasa lawatan ke Mesir kelak.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Faiq