Categories
Berita Semasa

Haneyya Terima Kunjungan Delegasi Fatah Di Doha

Isnin, 27-11-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya serta beberapa pemimpin tinggi Hamas telah bermesyuarat pada hari Selasa di sini dengan pegawai-pegawai kanan Fatah; Nasser al-Qudwa dan Samir al-Mash’harawi.

Para pemimpin Hamas dan Fatah tersebut telah membincangkan situasi genting di Jalur Gaza dan meneliti langkah menghentikan serangan Israel terhadap orang awam serta cara untuk menyalurkan keperluan kemanusiaan mustahak kepada mereka.

Para pemimpin Palestin telah menzahirkan rasa bangga pada keberanian para pejuang Palestin di Gaza dan kekuatan pendirian rakyat Gaza walau terdedah kepada serangan ganas hampir sepanjang masa tanpa henti.

Para pemimpin berbicara tentang situasi antara warga Palestin secara umum, perihal kepentingan pembinaan semula tempat kediaman warga Palestin diatas asas-asas nasional yang kukuh, dan juga mengenai peranan kumpulan-kumpulan Palestin dalam usaha bagi menggagalkan matlamat yang ingin dicapai oleh puak penjajah Israel melalui asakannya terhadap Gaza.

Mereka juga membincangkan isu-isu lain yang melibatkan kepentingan bersama dalam arena Palestin, terutamanya jenayah serta penyalahan undang-undang oleh Israel di Baitulmuqaddis dan di Tebing Barat, serta tentang keadaan penahanan warga Palestin di penjara Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul