Categories
Berita Semasa

Hamas seru tingkatkan protes besar-besaran pada Hari Solidariti Antarabangsa

Jumaat, 01-12-2023 – Gerakan Hamas telah menyeru agar peningkatan protes besar-besaran Pro-Palestin di seluruh dunia pada Hari Solidariti Antarabangsa (International Day of Solidarty) dengan warga Palestin sebagai penolakan terhadap pencerobohan berdarah Israel ke atas Semenanjung Gaza dan menyokong hak Palestin untuk kebebasan dan kemerdekaan.

Hamas berkata dalam satu kenyataan pada Selasa, “Pada Hari Solidariti Antarabangsa bersama-sama dengan warga Palestin, 29 November, kami menyeru kesemua rakyat kami, bangsa Arab dan Muslimin dan Muslimat serta orang-orang yang tidak ditindas di seluruh dunia untuk meningkatkan segala bentuk aktiviti protes pro-Gaza secara besar-besaran, dan perhimpunan sebagai kutukan terhadap jenayah kejam Israel dan jenayah perang pembunuhan kaum yang dilancarkan terhadap rakyat kami selama lebih dari 50 hari.”

Hamas juga mengulangi seruannya untuk “memperluas dan menyokong mobilisasi di semua bandar, ibu kota dan medan-medan perdagangan di seluruh dunia dalam menyokong hak rakyat kami untuk pembebasan, kembali dan penentuan nasib sendiri serta mengecam pencerobohan dan jenayah perang Israel untuk mendorong menjadikan ia satu jenayah dan penghentian jenayah dan pelanggaran Israel”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperingati 29 November setiap tahun, sebagai hari di mana Sidang Umum PBB mengeluarkan Resolusi Pembahagian No. (181) (Partition Resolution No [181]).

Setiap tahun, tarikh ini diperingati dengan acara-acara solidariti pro-Palestin oleh tokoh politik dan organisasi dalam menyokong tuntutan-tuntutan Palestin. Walau bagaimanapun, 29 November ini bertepatan dengan peningkatan pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan Tebing Barat termasuk Jerusalem.

Menjawab seruan PBB, kerajaan dan masyarakat di seluruh dunia mengadakan pelbagai acara tahunan untuk sama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin termasuk, mengeluarkan petisyen, surat solidariti, mengadakan konvensyen, dan mengedarkan risalah media, menayangkan filem-filem dan aktiviti lain.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida