Categories
Berita Semasa

30 Ahli Keluarga Hilang Tempat Tinggal, Rejim Zionis Musnahkan 3 Buah Rumah Di Al-khalil

Jumaat, 01-12-2023 – Pada pagi Selasa, Rejim Zionis(IOF) meruntuhkan tiga rumah di al-Khalil, bahagian selatan Tebing Barat.

Sumber-sumber tempatan mengesahkan bahawa rejim Zionis melancarkan serangan ke komuniti Yaqin di bandar Bani Naim, di timur bandar tersebut, dan meruntuhkan sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai keluasan 340 meter persegi. Lebih daripada 20 orang tinggal di dalam rumah itu.

Rejim berkenaan juga menyerbu bandar Al-Deirat, di timur Yatta, dan meruntuhkan sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai keluasan 260 meter persegi.

Selain meruntuhkan rumah-rumah berkenaan, rejim Zionis juga merosakkan beberapa pokok zaitun yang sedang berbuah dan menggunakan jentolak untuk membongkar tanah berdekatan.

Sebuah rumah seluas 150 meter persegi juga diruntuhkan di komuniti Abu Shaban, di timur Yatta, selatan al-Khalil, menyebabkan lima ahli keluarga kehilangan tempat tinggal.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul