Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menyerang Rumah Warga Palestin Di Tubas

Jumaat, 01-12-2023 – Pasukan penjajah Israel (IOF) menyerbu bandar Tubas pada pagi Selasa, 28 November dan mengepung sebuah rumah sebelum menembak beberapa das peluru ke dalam rumah itu kerana mendakwa seorang pejuang Palestin bersembunyi di dalamnya.

Sumber tempatan menyatakan bahawa pasukan khas IOF menyerbu sebuah kawasan pinggir bandar dan mengepung sebuah rumah sebelum meminta pemuda Palestin yang dicari untuk menyerah, jika tidak rumah itu akan dibom.

Mereka menambah bahawa sejumlah penduduk di dalam rumah itu keluar dan ditangkap oleh tentera IOF, yang menggunakan mereka sebagai perisai manusia selepas menggari mereka.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah