Categories
Berita Semasa

Israel luaskan kempen kebuluran besar-besaran di Semenanjung Gaza

Rabu, 06-12-2023 – Israel telah memperluaskan larangan sepenuhnya terhadap bekalan kemanusiaan memasuki kawasan besar di Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada perang berterusan yang dilancarkan sejak 7 Oktober, termasuk penggunaan senjata kebuluran terhadap orang awam, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med pada Isnin lalu.

Menurut Euro-Med, Rejim Zionis telah merancang untuk memotong sebahagian besar jajahan tengah Semenanjung Gaza dari kawasan selatan dalam tempoh 48 jam dengan mengenakan sekatan ke atas pergerakan dan menghadkan bekalan bantuan kemanusiaan, seperti makanan dan air minuman.

Walaupun dalam jumlah yang kecil, bekalan kemanusiaan sejak dua hari lalu dihadkan hampir keseluruhannya di Gabenor Rafah di bahagian selatan Semenanjung Gaza. Bekalan ini, kata Euro-Med Monitor, termasuk pengagihan bantuan yang sukar, terutamanya air dan tepung. Bagaimanapun, bantuan kemanusiaan telah dihentikan di wilayah kejiranan Khan Yunis kerana serangan kejam Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul