
Rabu, 06-12-2023 – Syarikat Telekomunikasi Palestin mengumumkan, pada petang Isnin, terdapat gangguan perkhidmatan komunikasi (tetap, mudah alih, dan internet) di seluruh Semenanjung Gaza.
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan: “Dengan penuh kekesalan kami mengumumkan gangguan sepenuhnya terhadap semua komunikasi dan perkhidmatan Internet di Semenanjung Gaza, kerana laluan utama yang sebelum ini telah disambung semula, kini diputuskan kembali.”
Awal hari ini, perkhidmatan komunikasi terputus dari bandar Gaza dan utara Semenanjung Gaza kerana pengeboman berterusan, yang menjejaskan laluan-laluan utama, sebelum kemudiannya diumumkan bahawa perkhidmatan itu telah terputus sepenuhnya di seluruh Semenanjung Gaza.
Dalam satu lagi kenyataan berasingan pada petang Isnin, syarikat Ooredoo Palestine yang menyediakan perkhidmatan telefon mudah alih di Tebing Barat dan Gaza, berkata bahawa perkhidmatannya di Semenanjung Gaza telah terganggu sepenuhnya.
Tambahnya lagi dalam satu kenyataan: “Dengan pencerobohan yang berteruasan terhadap Semenanjung Gaza, talian yang menjadi sumber utama kepada syarikat telekomunikasi dan Internet di Semenanjung Gaza telah berulang kali terputus hari ini, yang mengakibatkan kepada pemberhentian semua perkhidmatan kami di sana.”
Ini adalah kali keempat Semenanjung Gaza telah mengalami gangguan sepenuhnya perkhidmatan komunikasi semenjak pencerobohan Israel yang dahsyat ke atas Gaza, dan ia berterusan selama hampir dua bulan.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi