Categories
Berita Semasa

GMO: 86 wartawan maut dalam serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu

Isnin, 18-12-2023 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) berkata sekurang-kurangnya 86 orang wartawan Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu. Dalam satu kenyataan dari GMO, kematian terbaru yang melibatkan wartawan Palestin ialah Mohamed Abu Samra dan terbunuh dalam serangan Israel pada Ahad lalu.

“Pembunuhan Israel ke atas wartawan Palestin adalah cubaan untuk mengaburkan naratif penduduk Palestin dan menutup semua kebenaran” kenyataan dari GMO. GMO juga berkata bahawa 6 orang wartawan Palestin telah ditahan ketika serangan darat Israel di Gaza. Serangan itu merupakan pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.

GMO menyeru seluruh persatuan wartawan dan media Arab, wilayah dan antarabangsa untuk bersama mengutuk kezaliman Israel terhadap wartawan Palestin serta menekan pihak berkuasa Israel untuk melepaskan semua tahanan wartawan yang di dera dan di seksa.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hakimah