
Isnin, 18-12-2023 – Pada hari Selasa minggu lepas, Rejim Zionis menyerbu Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza, selepas mengepung dan mengebomnya selama beberapa hari.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata bahawa tentera Israel mula mengumpulkan warga lelaki, termasuk kakitangan perubatan, di halaman hospital. Beliau juga menyuarakan kebimbangan berkenaan kemungkinan pihak rejim Zionis mwnculik dan membunuh beberapa daripada mereka.
Qudra merayu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kesatuan Palang Merah bertindak segera bagi menyelamatkan dan melindungi nyawa mereka yang berada di hospital.
Petang semalam, Pengarah Hospital Kamal Adwan berkata bahawa rejim berkenaan mengebom secara langsung wad bersalin di premis berkenaan yang membunuh dua wanita bersama dua anak mereka dan memotong kaki wanita ketiga.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul