
Jumaat, 22-12-2023 – Kementerian kesihatan Palestin di Gaza, pada Selasa melaporkan rejim Zionis (IOF) melakukan 17 pembunuhan beramai-ramai baharu yang mengerikan di kawasan berlainan di Semenanjung Gaza, serangan tersebut turut membunuh sekurang-kurangnya 214 orang awam dan mencederakan lebih 300 yang lain, manakala sejumlah besar mangsa masih di bawah runtuhan bangunan yang dibom atau di jalan raya.
Dalam satu sidang akhbar, jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra menuduh tentera Israel melaksanakan tindakan hukum mati di lapangan dan jenayah genosida di utara Gaza berminggu-minggu berusaha untuk memusnahkan hospital serta melumpuhkan sistem perkhidmatannya.
Qudra juga melaporkan bahawa angka kematian akibat pengeboman Israel yang berterusan, yang bermula pada 7 Oktober, meningkat kepada 19,667 yang syahid dan jumlah kecederaan meningkat kepada 52,586 orang.
Beliau menyelar sikap berdiam diri dunia terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan setiap hari oleh tentera Israel di Gaza dan desakan pentadbiran AS untuk menyokong pencerobohan terhadap Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul