
Jumaat, 22-12-2023 – Setelah mendiamkan diri selama lapan hari daripada menghantar serangan roket ke atas Tel Aviv, Brigad Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, melepaskan tembakan serentak menggunakan roket jarak jauh ke bandar Israel tersebut sebagai tindakbalas kepada pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Semenanjung Gaza.
Ini diumumkan dalam komunikasi terbaru yang dikeluarkan oleh Brigad Al-Qassam pada Selasa.
Sementara itu, media Hebrew melaporkan bahawa orang ramai mencari perlindungan di Tel Aviv hari ini (18 September) ketika siren serangan roket kedengaran di seluruh bandar.
Ledakan dan letusan kedengaran di bandar Israel tersebut, tetapi tidak ada laporan media segera tentang korban atau kerosakan akibat serangan roket tersebut.
Sekumpulan pejuang Briged Al-Qassam juga melaporkan hari ini bahawa mereka mensasarkan kenderaan tentera Israel dengan pelancar peluru Yassin 105 dan memusnahkannya di kawasan Sheikh Radwan di Bandar Gaza serta membunuh seorang askar Israel selepas memusnahkan bulldozer berperisai yang dipandunya di kawasan yang sama.
Dalam kejadian berasingan, Brigad Al-Qassam mengeluarkan rakaman video pada Isnin yang menunjukkan jeep tentera Israel (Humvee) disasar dan dimusnahkan oleh peluru berpandu anti-kereta perisai Kornet di Bandar Gaza. Sejumlah askar terbunuh dalam serangan tersebut.
Sementara itu, seorang wartawan dari Pusat Maklumat Palestin (Palestine Information Centre, PIC) mengatakan pada pagi itu bahawa pertempuran sengit berlaku antara pejuang penentang dan pasukan tentera Israel yang menyerang di pelbagai medan perang, terutama di Khan Yunis (selatan Gaza).
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida