
Rabu, 03-01-2024 – Jumlah kematian angkara penghapusan etnik kejam Israel meningkat sehingga kira-kira 30,000 mangsa, menurut laporan terkini daripada badan pemerhati hak kemanusiaan Euro-Med Human Rights Monitor.
Setakat Selasa, 26 Disember, 29,124 warga Palestin terbunuh, kata pertubuhan hak asasi manusia tersebut. Majoriti yg terbunuh dalam serangan udara dan bersenjata Israel di Jalur Gaza merupakan orang awam, termasuk 11,422 kanak-kanak, 5,822 wanita, 481 kakitangan perubatan, dan 101 wartawan.
Sementara itu, 56,122 rakyat Palestin tercedera, ratusan mengalami kecederaan kritikal, kata Euro-Med Monitor. Jumlah ini termasuk ribuan mangsa yang masih dalam runtuhan bangunan, manakala ratusan lagi tanpa jumlah yang jelas tetapi berkemungkinan besar terjerat dalam runtuhan atau tercedera di jalanan.
Anggaran Euro-Med Monitor juga mengatakan terdapat lebih 1.9 juta terusir dari kediaman mereka di Jalur Gaza yang masih tiada tempat perlindungan selamat meskipun dalam keadaan persekitaran yang amat teruk.
Menurut kumpulan hak asasi tersebut, 65,600 unit kediaman telah musnah sepenuhnya akibat serangan berterusan Israel, manakala 177,200 unit lagi separa musnah.
Israel menyambung kemusnahan besar dan kerosakan teruk kepada kemudahan infrastruktur penting di Jalur Gaza, menyasarkan 305 sekolah, 1,541 fasiliti industri, dan 135 fasiliti perubatan, termasuk 23 hospital, 56 klinik, 55 ambulans, 183 masjid, dan 3 gereja, serta 165 pejabat media.
Israel sedang meningkatkan perang penghapusan etnik pada masyarakat awam Gaza dalam usaha untuk menambah tekanan penguatkuasaan polisi pengusiran mereka, yang melanggar undang-undang antarabangsa, Euro-Med memberi amaran.
Israel telah sengaja mensasarkan infrastruktur awam supaya dapat mencetus sebanyak mungkin korban, kerugian material, dan kemusnahan, menurut pertubuhan yang berpengkalan di Geneva itu, sebagai suatu bentuk penyanggahan dan hukuman menyeluruh. Ini menyalahi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan juga Perjanjian Geneva 1949 serta menjadi jenayah perang mengikut Akta Statut Roma, yang mentadbir Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Israel dengan terang melanggar terma undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang melarang kerosakan harta benda sebagai suatu “langkah pencegahan” dan kemusnahan harta benda sebagai suatu langkah penghindaran, walaupun untuk tujuan ketenteraan.
Euro-Med menggesa Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan Kumpulan Bertindak Penahanan Rawak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi tekanan kepada Israel bagi mendedahkan nasib semua tahanan dari Jalur Gaza, membebaskan setiap tahanan awam, dan menyiasat salahlaku dahsyat yang dialami oleh tahanan-tahanan awam tersebut.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul