Categories
Berita Semasa

Lebanon kemuka aduan ke Majlis Keselamatan PBB berkaitan serangan Israel

Khamis, 04-01-2024 – Lebanon mengumumkan niatnya untuk mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan PBB berkaitan dengan “serangan tentera Israel di pinggir selatan Beirut” dan “pelanggaran baru Israel terhadap kedaulatan Lebanon”.

Pada malam Selasa, Gerakan Hamas mengumumkan pembunuhan Saleh al-Aruri, timbalan pengerusi biro politiknya, dan tiga orang rakannya dalam serangan yang menyasarkan sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut.

Lebanon kemudian mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa yang mengatakan bahawa ia akan mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan PBB atas “pelanggaran yang disengajakan” terhadap wilayahnya.

Perdana Menteri sementara Lebanon, Najib Mikati, telah mengutuk Israel atas letupan di Beirut yang membunuh timbalan pemimpin Hamas itu.

“Letupan itu adalah jenayah perang Israel yang jelas bertujuan untuk membawa Lebanon ke fasa baru konfrontasi setelah serangan harian berterusan di selatan,” kata Mikati.

Beliau berkata bahawa letupan itu menunjukkan bahawa Israel sedang memujuk hati dan beralih membawa kegagalan perangnya di Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida