
Selasa, 16-01-2024 – Sekurang-kurangnya seramai 25 orang warganegara Palestin telah diculik oleh pasukan kependudukan Israel (IOF) dalam satu kempen serangan besar-besaran di Tebing Barat yang bermula Isnin malam dan berterusan sehingga Selasa pagi.
Ini menjadikan jumlah tahanan meningkat menjadi 5,755 orang Palestin telah diculik oleh askar Israel di Tebing Barat sejak Oktober 7, 2023.
Menurut Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin (Palestinian Commission of Detainees’ dan Ex-Detainees’ Affairs) dan juga Pertubuhan Banduan Palestin (Palestinian Prisoner Society), kebanyakan tahanan adalah dari Bethlehem dan selebihnya dari Jenin, Qalqilya, Ramallah, Nablus, Tulkarem dan Jersusalem.
Jawatankuasa dan pertubuhan banduan menuduh IOF menyerang warganegara Palestin secara bertubi-tubi, mengeledah rumah-rumah mereka, memusnahkan harta benda, merampas kenderaan dan duit, menembak membabi-buta dan memusnahkan infrastruktur di Tebing Barat sewaktu serbuan mereka.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida