Categories
Berita Semasa

DCI menyifatkan 2023 sebagai “tahun pembunuhan” kanak-kanak Palestin

Selasa, 16-01-2024 – Pertahanan Kanak-kanak Antarabangsa (DCI) menyatakan pasukan penjajah Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 8,000 kanak-kanak Palestin di Jalur Gaza dan 121 orang kanak-kanak lain di Tebing Barat dan Jerusalem pada tahun 2023, dan menyebutnya sebagai “tahun pembunuhan” kanak-kanak Palestin.

Dalam kenyataan pada hari Selasa, DCI Palestin menambah bahawa jumlah kanak-kanak yang dibunuh dalam kempen pembunuhan Israel terhadap rakyat Palestin yang bermula pada 7 Oktober 2023 mungkin akan meningkat. Ini kerana ramai mangsa belum ditemui, malah Israel masih melancarkan serangan berterusan terhadap rakyat Palestin yang kini hidup dalam keadaan sukar terutamanya di Gaza.

DCI turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang terbunuh tahun lalu di Tebing Barat dan Jerusalem menjadi sasaran tembakan peluru hidup oleh tentera atau peluru berpandu pesawat Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Azyyati Abdullah