Categories
Berita Semasa

GMO: 30 rakyat Palestin Terbunuh di Deir Al-Balah

Selasa, 6-2-2024 – Pejabat Media Gaza (GMO) mengatakan bahawa pasukan Israel telah membunuh 30 orang awam dalam kawasan yang diisytiharkan “selamat” di Deir Al-Balah, di bahagian tengah Jalur Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lepas.

“Tentera penjajahan menyerang rumah-rumah yang dilabel selamat warga dengan serangan langsung dari pesawat tentera. Mereka juga meremukkan sebuah masjid di kawasan yang sama, yang mengakibatkan kematian ramai orang awam” kata GMO.

“Kami menyalahkan penjajahan Israel sepenuhnya atas pembunuhan keji ini dan pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin kami. Kami juga menyalahkan masyarakat antarabangsa, pentadbiran Amerika, dan Presiden Biden secara peribadi atas kesinambungan pembunuhan dan jenayah yang melanggar undang-undang antarabangsa dan semua perjanjian dan konvensyen antarabangsa.”

Sejak 7 Oktober, penjajahan Israel telah memulakan peperangan yang menghancurkan di Jalur Gaza, yang telah meninggalkan bencana kemanusiaan besar dan bencana kesihatan dan alam sekitar yang besar.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin