Categories
Berita Semasa

Pada hari ke-122…perkembangan paling terbaru dalam pembunuhan beramai-ramai Regim Zionis di Gaza

Khamis, 8-2-2024 – Pasukan pendudukan Zionis terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-122 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam,sambil melakukan pembunuhan beramai-ramai berdarah terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih daripada 90% penduduk.

Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri pendudukan meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Isnin – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah tumpuan pencerobohan ke atas Khan Yunis, Zionis menyasarkan rumah, orang kehilangan tempat tinggal, dan jalan-jalan, membunuh ratusan orang & ada di antara mereka yang syahid dan cedera.

Berpuluh-puluh rakyat mati syahid dan cedera, pada petang Isnin, oleh kerana pesawat dan pengeboman yang menyasarkan kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza.

Tentera Zionis telah melakukan 13 pembunuhan beramai-ramai, mengorbankan 113 mati syahid dan 205 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sumber tempatan di Semenanjung Gaza melaporkan bahawa tentera pendudukan Israel meletupkan dataran kediaman di kawasan Jourat Al-Aqqad, dan memusnahkan sebuah rumah di barat Hospital Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, yang membawa kepada kematian dan ramai yang cedera yang majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.

Persekitaran Persimpangan Al-Tayaran, barat Kota Gaza, mengalami pengeboman hebat oleh kereta kebal pendudukan, manakala pesawat tentera mengebom bandar kediaman Hamad, barat laut Khan Yunis.

Sumber perubatan berkata, 4 rakyat terbunuh dan yang lain cedera dalam pengeboman Israel yang menyasarkan sebuah rumah di kawasan kejiranan Al-Salam, timur Rafah, selepas pesawat pendudukan itu melakukan serbuan ke atas tanah pertanian di kawasan kejiranan yang tersebut.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq