Categories
Berita Semasa

Tiada kestabilan tanpa dihentikan pencerobohan Rejim Zionis.

Rabu, 14-2-2024 – Pegawai Kanan Hamas, Osama Hamdan telah memberi amaran bahawa rantau ini tidak akan menikmati keselamatan dan kestabilan kecuali pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza dan pendudukan Israel di Tanah Palestin berakhir. Hamdan berkata, dalam sidang akhbar di Beirut pada petang Rabu, bahawa perang ini mempamerkan kekurangan kehendak dan sifat pilih kasih masyarakat dunia terhadap konflik ini.

Pada hari ke-124 Perang Gaza, Hamdan berkata, krisis kemanusiaan semakin mendalam kerana Israel terus mengebom jalur yang dikepung dan menghalang bantuan daripada organisasi bantuan. “Rejim terus-menerus melaksanakan hukuman mati dan telah menghalang konvoi bantuan serta mendesak pelarian untuk meninggalkan tempat perlindungan dan hospital, yang semuanya menunjukkan kezaliman dan kekejamannya,” katanya.

“Kami memberi amaran kepada rejim terhadap pembunuhan beramai-ramai di hospital al-Amal dan Nasser dan kami mempertanggungjawabkan pentadbiran AS kerana menyediakan Israel dengan semua jenis sokongan.” Hamdan juga menegaskan bahawa delegasi Hamas yang diketuai oleh Khalil al-Hayya, ahli Biro Politik kumpulan itu, akan menuju ke Kaherah untuk bercakap mengenai perjanjian gencatan senjata yang dicadangkan dengan pegawai dari Qatar dan Mesir.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicadangkan, Hamas telah meminta gencatan senjata segera, membenarkan bantuan ke kawasan pesisir, membatalkan pengepungan di Gaza dan melakukan pertukaran tahanan-tawanan, kata Hamdan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah