
Rabu, 14-2-2024 – Pasukan penceroboh Zionis Israel terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza dan telah memasuki hari ke-130 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam, dan serangan darat yg bertali arus, sambil melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang semakin runcing dan dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih 90% daripada penduduk Gaza.
Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri penjajah Israel meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, di pelbagai sudut di Semenanjung Gaza, menyasarkan rumah, perhimpunan orang awam, dan jalan-jalan, sekaligus membunuh ratusan orang dan mencederakan yang lain.
Pesawat penjajah haram Israel juga di laporkan telah melancarkan 3 serbuan di timur kejiranan Al-Zaytoun, selatan Kota Gaza, dan bunyi tembakan kedengaran berhampiran 8th Street.
Sumber media melaporkan bahawa ramai yang cedera akibat bom yang di jatuhkan di terminal luar lintasan darat Rafah, dan tembakan artileri berterusan di timur Rafah.
Seorang kanak-kanak di laporkan cedera akibat terkena tembakan artileri Israel yang menyasarkan tembok persimpangan Rafah.
Pesawat perang Israel juga di laporkan telah mengebom balai polis di bandar Al-Shouka timur bandar Rafah. Pesawat penjajah haram Israel juga menyasarkan kawasan Zalata, timur bandar Rafah, dan melancarkan 3 serbuan di timur bandar itu.
Pesawat penjajah juga mengebom sebuah rumah untuk keluarga Qadoha di sekitar Masjid Syuhada, timur kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, mengakibatkan 6 orang terbunuh, termasuk artis dan personaliti media Alaa Qadoha, selain mencederakan orang lain. Pesawat penjajah turut mengebom sebuah rumah untuk keluarga Abed di Jalan Awni Dhair di Rafah.
Bekalan elektrik ke Kompleks Perubatan Nasser dilaporkan turut terputus selepas janakuasa berhenti, dan menyebabkan kematian mangsa kanak-kanak.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi