Categories
Berita Semasa

Pasukan pertahanan awam Gaza menggesa tindakan segera untuk mencegah pertumpahan darah di Rafah

Rabu, 14-2-2024 – Kepimpinan pertahanan awam di Semenanjung Gaza menggesa negara-negara Arab, khususnya Mesir, agar bertindak segera bagi mencegah pertumpahan darah di Rafah. Mahmoud Basal, jurucakap kepimpinan itu, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin lalu berkata bahawa pencerobohan darat Israel di Rahah, di selatan Semenanjung Gaza, pasti akan membawa kepada pertumpahan darah.

Sebarang peningkatan pencerobohan Israel di Rafah City yang sesak itu mengancam pembunuhan
beramai-ramai yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap ratusan ribu rakyat Palestin,
yang sedang mencari perlindungan di bandar itu, tambah beliau.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf