Unrwa: 153 Kemudahan Musnah Dan Bangunan-bangunan Sekolah Di Gaza Turut Runtuh

Selasa, 27-2-2024 – Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam satu kenyataan berkata, sekolah di Gaza tidak lagi dapat dikenali kerana ia telah menjadi runtuhan yang rata.

UNRWA menambah bahawa 153 kemudahan telah musnah di Gaza semasa perang, manakala sekolah milik UNRWA telah menjadi tempat perlindungan bom.

Sejak 7 Oktober, tentera haram penjajah Israel terus-menerus melakukan pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza. Tambahan pula dengan sokongan daripada Amerika dan Eropah, pesawat Israel berterusan mengebom sekitar hospital, bangunan, menara, dan rumah masyarakat awam Palestin. Penduduk dihujani dengan serangan udara dan bom-bom secara berterusan bahkan Israel turut menghalang kemasukan sumber air bersih, makanan, ubat, dan bahan api.

Pencerobohan berterusan terhadap penduduk Gaza setakat ini menyebabkan kematian yang mencapai angka 29,920 syahid dan kecederaan 69,280 orang, di samping pengusiran lebih daripada 85 peratus (kira-kira 1.9 juta orang) penduduk Semenanjung, menurut pihak berkuasa Strip dan badan organisasi antarabangsa.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi