
Selasa, 27-2-2024 – Netanyahu sedang mencari fatamorgana…dan tangisan seorang kanak-kanak di Gaza
kerana kelaparan adalah sumpahan kepada dunia.
Pada hari Selasa, anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Rishq, memberi amaran kepada Zionis Israel
terhadap sebarang risiko menyerbu Rafah, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan perang
genosid.
Dalam kenyataan yang diterima Pusat Maklumat Palestin, Al-Rishq menegaskan bahawa
kemenangan yang dicari Netanyahu adalah fatamorgana, dan hanya wujud dalam khayalannya.
Beliau menegaskan bahawa Netanyahu berbohong kepada semua orang dan menipu keluarga
banduan dengan mendakwa bahawa mereka boleh dibebaskan dengan kekerasan, sementara masa
semakin suntuk.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin