Perkembangan Hari Ke-151 Pembunuhan Beramai-ramai Tentera Haram Israel Di Bumi Gaza

Selasa, 12-03-2024 – Pasukan tentera haram Zionis terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, memasuki hari ke-151 secara berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, tembakan artileri, dan melakukan pembantaian berdarah serta pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat awam, dan melakukan tindakan-tindakan yang sangat kejam di kawasan yang di cerobohi, di tambah pula dengan situasi kemanusiaan yang sangat meruncingkan akibat daripada pengepungan dan pengusiran lebih daripada 90% penduduk pribumi Gaza.

Wartawan kami juga melaporkan bahawa pesawat dan artileri penjajah haram Israel meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Selasa – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza, mereka menyasarkan rumah, perhimpunan orang ramai, jalanan, dan membunuh ratusan orang dan mencederakan mereka. 

Wartawan kami turut melaporkan bekalan internet terputus di hampir keseluruhan  kawasan di Rafah dan selatan Semenanjung Gaza. 

Wartawan TV Al-Aqsa, Muhammad Salama, dalam perkembangan yang lain, dilaporkan syahid akibat pengeboman di Deir al-Balah oleh penjajah haram Israel di Semenanjung Gaza. 

Pejabat media kerajaan mengesahkan bahawa jumlah wartawan yang telah mati syahid meningkat kepada 133 wartawan semenjak bermulanya perang genosid di Semenanjung Gaza, ditambah dengan kematian wartawan Mohammed Salama, penyiar dan wartawan saluran Al-Aqsa.

Kementerian Kesihatan di Gaza pula mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam yang lalu, penjajah haram Israel telah melakukan 10 serangan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, sekaligus mengorbankan 97 syahid dan 123 cedera. 

Mereka juga mengesahkan bahawa jumlah korban pembantaian berterusan penjajah haram Israel telah meningkat kepada 30,631 mati syahid dan 72,043 cedera sejak 7 Oktober lalu.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi