Categories
Berita Semasa

UNRWA tuduh Israel tahan, paksa kakitangan untuk buat pengakuan palsu tentang hubungan dengan Hamas.

Selasa, 12-03-2024 – Pihak Agensi Bantuan dan Kerja Am Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Palestin di Timur Tengah (UNRWA) mendakwa Israel telah menahan dan menyiksa beberapa kakitangan, dan memaksa mereka membuat pengakuan palsu mengenai hubungan agensi tersebut dengan Hamas.

“Beberapa kakitangan kami telah memaklumkan kepada pasukan UNRWA bahawa mereka terpaksa membuat pengakuan apabila disiksa dan diberi layanan buruk. Pengakuan palsu ini adalah sebagai jawapan kepada persoalan tentang hubungan antara UNRWA dan Hamas serta keterlibatan mereka dalam serangan pada 7 Oktober terhadap Israel,” kata jurucakap UNRWA, Juliette Touma, dalam satu kenyataan.

Touma berkata bahawa pengakuan palsu yang diperoleh “melalui siksaan” sedang digunakan “untuk menyebarkan maklumat palsu tentang Agensi sebagai sebahagian dari cubaan untuk membubarkan UNRWA.”

Kenyataan-kenyataan itu merupakan sebahagian daripada laporan yang belum dikeluarkan yang dikemaskini oleh UNRWA mengenai penggunaan penganiayaan fizikal dan saikologi yang meluas oleh Israel terhadap warga Palestin yang ditahan di Gaza sewaktu perang, termasuk 21 ahli kakitangan UNRWA, yang beberapa di antara mereka mengatakan dipukul dan diancam.

Laporan yang belum dikeluarkan itu, di mana CNN memperolehi sesalinan, sebahagian besar berdasarkan kepada keterangan tahanan warga Gaza yang ditahan di penjara-penjara Israel dan di kem-kem tentera serta dilepaskan semula ke Gaza di perbatasan Kerem Abu Salem antara pertengahan Disember dan pertengahan Februari.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida