
Khamis , 02-05-2024 – Dalam penampilan pertamanya di televisyen pada awal bulan Mac , Abu Obeida, jurucakap Briged al-Qassam Hamas, berkata bahawa “sejak bermulanya Operasi Banjir Al-Aqsa sejak 200 hari yang lalu, tentera Israeil masih berjuang untuk menyelamatkan air muka dan imej awam mereka”
Dalam ucapan yang disiarkan oleh saluran satelit Al-Jazeera pada hari Selasa, Abu Obeida menolak dakwaan Israel berkenaan kejayaan dalam menghapuskan dan memusnahkan puak penentang Palestin di Gaza, dengan menyebut dakwaan tersebut sebagai “pembohongan besar”, sambil menekankan bahawa rejim Israel “tetap terperangkap di tanah Gaza.”
“Dalam 200 hari, musuh hanya mewujudkan kemusnahan dan pembunuhan beramai-ramai… dan mereka hanya akan meraih lebih banyak kekalahan dan menanggung malu ,” kata Abu Obeida.
“Selepas 200 hari, pertahanan kita masih utuh seperti pergunungan Palestin” Abu Obeida menegaskan.
Jurucakap itu menekankan bahawa penentangan berkenaan tidak akan menggugat tuntutan rakyat dan menghapuskan hak asasi yang menuntut pengunduran tentera Israel, menarik balik kepungan di Semenanjung Gaza, dan pemulangan orang awam yang kehilangan tempat tinggal ke rumah mereka.
Abu Obeida memberi amaran kepada keluarga tawanan Israel di Gaza bahawa “masa adalah singkat dan peluang adalah sedikit,” mencadangkan bahawa tahanan Israel boleh menghadapi nasib yang sama seperti Ron Arad (penerbang udara Israel yang masih hilang selepas ditangkap di Lubnan pada tahun 1986) .
Sebagai tindak balas kepada dakwaan Israel yang lain iaitu peningkatan tekanan ketenteraan ke atas Hamas di Gaza akan membawa kepada pembebasan tawanan, Abu Obeida berkata bahawa “tekanan tentera yang kononnya dikenakan ke atas Pergerakannya hanya akan mengukuhkan kepatuhan kepada kedudukan mereka dan menjadikannya lebih berazam untuk melindungi hak rakyatnya.”
Beliau menuduh rejim Israel menangguhkan pencapaian perjanjian pertukaran tahanan dan cuba menghalang usaha pengantara untuk mencapai gencatan senjata.
Beliau menyatakan penghargaan Pergerakannya terhadap setiap usaha ketenteraan dan usaha-usaha ternama yang menyokong Operasi Banjir Al-Aqsa, terutamanya dari Lubnan, Yaman dan Iraq.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul