Categories
Berita Semasa

PBB seru penyiasatan terhadap kubur bersaiz besar yang ditemui di dua hospital di Gaza

Jumaat , 26-04-2024 – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mendesak “siasatan yang jelas, telus dan berwibawa” mengenai kubur bersaiz besar yang ditemui di dua hospital utama di Gaza yang diserbu oleh tentera Israel dan dilanda peperangan.

Penyiasat-penyiasat yang mempunyai wibawa mesti dibenarkan melawat ke tapak-tapak tersebut, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Stephane Dujarric kepada para wartawan, dan beliau menambah bahawa lebih banyak wartawan dibenarkan bekerja dengan selamat di Gaza untuk melaporkan fakta-fakta yang sahih.

Pada awal Selasa, ketua hak asasi manusia PBB, Volker Turk mengatakan dia “terkejut dan terkesima” dengan pemusnahan Pusat Perubatan Shifa di Bandar Gaza dan Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis serta penemuan kubur bersaiz besar yang dilaporkan di sekitar hospital-hospital tersebut selepas tentera Israel meninggalkan tempat itu.

Beliau menyeru untuk sebuah penyiasatan yang bebas dan telus terhadap kematian-kematian tersebut, mengatakan bahawa “mengambil kira iklim kebebasan yang berterusan, penyiasat-penyiasat antarabangsa perlu dijemput bersama.”

“Hospital mempunyai perlindungan yang sangat khusus dan istimewa di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Turk. “Dan pembunuhan sengaja terhadap orang awam, tahanan, dan orang lain yang ‘hors de combat’ atau askar-askar yang tercedera dan tidak terlibat dengan perang, adalah jenayah perang.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida