Isnin , 13-05-2024 – Gabungan Universiti Sepanyol (CRUE) mengumumkan pada hari Khamis bahawa mereka akan memutuskan hubungan dengan universiti dan pusat penyelidikan Israel “yang tidak menyatakan komitmen teguh terhadap keamanan dan pematuhan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa.”
Keputusan itu dibuat ketika pelajar di seluruh Sepanyol mula berkhemah di kampus universiti pada minggu ini, sebagai sebahagian daripada gelombang protes pelajar pro-Palestin yang lebih luas di seluruh dunia.
Sebagai menyokong tindakan protes itu, CRUE juga berikrar untuk memperhebat kerjasama dengan institusi penyelidikan dan pengajian tinggi Palestin serta meluaskan kerjasama, kesukarelawanan dan program bantuan pelarian.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina