GMO: Krisis kemanusiaan menjadi bertambah buruk selepas pencerobohan Sempadan Rafah

Isnin , 13-05-2024 – Pejabat Media Kerajaan Gaza (GMO) telah mengulangi amarannya tentang kesan daripada serangan Israel ke atas Rafah timur dan penutupan sempadan penting antara Rafah dan Mesir serta lintasan sempadan Karem Abu Salem (Kerem Shalom).

Ia memberi amaran tentang “malapetaka kemanusiaan yang dahsyat” berlaku di selatan kota Gaza yang sesak, di mana lebih 1.4 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan kelaparan sedang mencari perlindungan.

Bantuan dan bekalan kemanusiaan yang disekat daripada memasuki Gaza, serta berpuluh-puluh ribu orang yang sakit dan cedera yang terkandas dan tidak mendapat peluang rawatan, hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sudah teruk, katanya.

Dalam tempoh 48 jam yang lalu, tentera Israel melarang kemasukan lebih daripada 400 trak bantuan, kata jurucakap jabatan itu.

Orang awam akan kehabisan sumber makanan dan air dalam beberapa hari akan datang merentasi seluruh selatan Gaza, ia memberi amaran, sambil menambah bahawa kebuluran tidak lama lagi akan berlaku di selatan. Kebuluran telah pun lama mencengkam utara wilayah itu.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom