Categories
Berita Semasa

Hamas Tuntut Komuniti Antarabangsa Bertindak Hentikan Serangan Jenayah Israel

Rabu , 15-05-2024 – Gerakan Hamas menyeru komuniti antarabangsa, PBB dan agensi-agensinya untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan bencana kemanusiaan akibat meningkatnya serangan jenayah Zionis di Rafah.

Hamas mengatakan dalam pernyataannya, berlanjutnya keadaan jenayah tentera penjajah Israel Zionis di sempadan Rafah dan penutupannya selama enam hari berturut-turut, telah mengganggu kemasukan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin ketika bertali arusnya serangan, selain membenarkan mangsa yang tercedera untuk berubat ke luar negeri; Ini menandakan bencana kemanusiaan dan kelaparan yang memburuk di seluruh Semenanjung Gaza yang terkepung.

Mereka menyalahkan penjajah Israel Zionis yang terus melakukan kejahatan genosid, perang kelaparan dan pembersihan etnik dan bertanggungjawab penuh atas bencana ini.

Hamas menuntut agar tindakan segera diambil untuk memaksa penjajah Israel Zionis menghentikan serangan, menarik diri dari sempadan, membuka kembali pintu masuk dan membenarkan kedatangan bantuan darurat dan pasukan perubatan kepada rakyat yang terkepung.

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip