Categories
Berita Semasa

UNRWA: Lebih 150,000 wanita hamil menghadapi risiko kesihatan di Gaza

Selasa, 21-05-2024 – Agensi pelarian PBB, UNRWA, memberi amaran bahawa, serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan puluhan ribu wanita hamil bergelut dengan keadaan sanitasi yang teruk dan risiko kesihatan yang serius.

“Lebih daripada 150,000 wanita hamil menghadapi keadaan sanitasi yang teruk dan risiko kesihatan di tengah-tengah pengusiran dan perang,” kata UNRWA dalam satu kenyataan.

Agensi PBB itu mempamerkan foto seorang bayi perempuan yang baru lahir di kawasan yang dilanda perang.

“Habiba dilahirkan di dalam sebuah khemah kecil. Dia sekarang berusia 2 minggu dan beratnya kurang daripada 2 kg,” kata kenyataan itu lagi. “Tidak seorang pun kanak-kanak di dunia mesti menderita seperti ini.”

Menurut UNICEF, 95 peratus wanita hamil dan menyusu menghadapi kekurangan makanan yang teruk di Semenanjung Gaza yang dilanda perang.

Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini melaporkan bahawa bantuan kecemasan yang mengandungi bahan bantu kelahiran masih menunggu kebenaran untuk masuk melalui Lintasan Rafah.

Jumlah kematian akibat kependudukan Israel di Semenanjung sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 35,091. Lebih daripada 78,827 orang telah cedera.Keadaan wanita-wanita di Gaza amat teruk, kerana mereka merupakan salah satu kategori utama yang terbunuh, cedera, atau hilang.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida