
Jumaat, 24-05-2024 – Polis Israel menutup “Lion’s Gate” Masjid Al-Aqsa pada petang Selasa dan menghalang para jemaah daripada memasuki tempat suci tersebut.
Puluhan jemaah berkumpul di hadapan “Lion’s Gate” selepas polis menghalang mereka daripada memasuki Masjid Al-Aqsa, memaksa mereka untuk menunaikan solat di luar masjid.
Polis Israel juga memperketat langkah-langkah keselamatan di sekitar pintu-pintu Kota Lama Baitulmaqdis yang diduduki, menutup Pintu Damascus untuk beberapa waktu, menyerang seorang pejalan kaki, dan mengumumkan lebih banyak jalan akan ditutup sepanjang hari untuk memudahkan penerobosan oleh puak ekstremis ke Kota Lama dan Tembok Al-Buraq (Tembok Barat).
Pada pagi ini, ratusan penduduk telah menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa melalui Pintu Al-Maghareba, di bawah perlindungan polis Israel. Mereka melaksanakan ritual Talmud yang bersifat perkauman, melakukan pergerakan provokatif di halaman masjid, dan mengibarkan bendera Israel di Kubah Batu.
Organisasi ekstremis daripada kumpulan kuil yang didakwa telah digerakkan, beberapa hari lalu, untuk melakukan serangan besar-besaran ke atas Masjid Al-Aqsa dan mengibarkan bendera Israel di halaman masjid berkenaan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul