
Jumaat, 24-05-2024 – Pelampau penduduk haram Israel telah mencetuskan satu kebakaran ke atas stor kenderaan terpakai milik penduduk palestin di bandar Yetma yang terletak di selatan Nablus, kawasan penjajahan utara Tebing Barat, mengakibatkan kebakaran besar-besaran puluhan kereta, dalam kejadian petang Ahad itu.
Sumber tempatan turut melaporkan, kumpulan pelampau penduduk yang mendiami secara haram penempatan Avitar, di puncak Gunung Subeih itu menyerang bandar Yetma dan mencetuskan kebakaran ke atas gudang kenderaan tersebut yang terletak berhambiran jalan utama, dan mengakibatkan beberapa kenderaan musnah. Tambahnya lagi, api yang marak turut merebak ke ladang-ladang buah zaitun yang terdekat.
Penduduk haram Israel terus- terusan pula menyerang beberapa perumahan dengan cuba membakar rumah-rumah berhampiran sebelum dihalang oleh penduduk setempat.
Serangan keganasan oleh penduduk haram itu akhirnya dileraikan oleh tentera Israel yang melepaskan tembakan dan bom gas pemedih mata ke atas penduduk.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi