Selepas ICJ mengarahkan agar serangan dihentikan di Rafah, Israel melancarkan lebih 60 serangan udara di bandar itu dalam tempoh 48 jam

Rabu, 29-05-2024 – Israel terus mengabaikan arahan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), termasuk perintah terbaru. Perintah itu memerlukan Israel menghentikan serangan ketenteraan ke atas Rafah di Selatan Semenanjung Gaza dan membuka semula sempadan Rafah bagi memudahkan pergerakan warga dan bantuan kemanusiaan, Euro-Med Human Rights Monitor berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Namun dalam tempoh 48 jam selepas Keputusan ICJ pada 24 Mei, hari Jumaat, Israel melakukan lebih 60 serangan udara ke atas Rafah, Kumpulan hak asasi itu mendedahkan.Manakala puluhan serangan tembakan peluru dan Meriam dilepaskan di kawasan Rafah di mana tentera rejim zionis sedang menceroboh.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai