
Rabu, 24-07-2024 – Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengulangi tuntutannya pada hari Rabu untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan menyebut keadaan kemanusiaan di kawasan Palestin adalah noda moral kepada semua.
Guterres berkata dalam satu kenyataan yang dibaca oleh Ketua kakitangannya, Courtenay Rattray, bahawa terdapat keperluan mendesak untuk gencatan senjata kemanusiaan dalam kadar segera.
Kenyataan itu dibacakan ketika mesyuarat mengenai Timur Tengah yang dipengerusikan oleh Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.
Guterres menyatakan bahawa perbincangan dengan Mesir, Qatar dan AS untuk mencapai kesepakatan bagi mendapatkan gencatan senjata berlanjutan dengan beberapa kemajuan telah dilaporkan.
“Pihak-pihak mesti mencapai perjanjian sedemikian sekarang. Keadaan kemanusiaan di Gaza adalah noda moral kepada kita semua, ” ujar Ketua PBB itu.
Beliau memberi amaran bahawa sistem sokongan kemanusiaan di Gaza hampir runtuh dan manakala ketenteraman awam mengalami kerosakan sepenuhnya.
Berbalik ke Tebing Barat, Ketua PBB mengatakan bahawa wilayah itu dan Jerusalem menghadapi keadaan yang berbahaya.
Beliau juga menggesa penamatan konflik dan penyelesaian untuk menamatkan penjajahan Israel.
“Dan perang yang dahsyat ini mesti dihentikan,” kata Guterres.
“Kita mesti memfokuskan semula soal mencari penyelesaian politik yang akan menamatkan penjajahan dan menyelesaikan konflik selaras dengan undang-undang antarabangsa, dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah