United Kingdom mengutuk perbuatan Menteri Itamar Ben-gvir yang menceroboh Masjid Aqsa.

Khamis , 22-08-2024 – “UK mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan provokatif Menteri Ben-Gvir ke Tapak Suci Baitulmaqdis,” kata Menteri Luar Britain David Lammy pada Rabu dalam satu kenyataan yang disiarkan di X.

“Tindakan sedemikian merendahkan peranan kerajaan Hashemite Jordan sebagai penjaga tapak dan pengaturan status quo yang sedia ada.”

“Tumpuan semua pihak seharusnya bagi memastikan gencatan senjata segera dan pembebasan semua tebusan, dan pemulihan kestabilan serantau.”

Pada awal pagi Selasa, beratus-ratus pelampau dari kalangan penceroboh Yahudi menceroboh Masjid Aqsa di kawasan Baitulmaqdis yang dijajah dengan perlindungan ketat dari pihak polis sebagai tanda simbolik kepada kemusnahan kuil itu.

Menurut Pentadbiran Awqaf Islam di kota suci, polis penjajah Israel membenarkan lebih 2,250 penceroboh memasuki Masjid Aqsa dan mencemarkan halamannya sambil melakukan amalan provokatif, termasuk menyanyikan lagu kebangsaan Israel, menunaikan ibadah mereka, membawa bendera Israel, dan menari.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah