Al-Resheq: Penutupan pejabat Al-Jazeera adalah balasan ke atas pendedahan jenayah Israel

Rabu , 02-10-2024 – Ahli biro politik Hamas, Ezzat Al-Resheq, berkata, penutupan pejabat Al-Jazeera di Ramallah merupakan prosedur membalas dendam ke atas peranan Al-Jazeera dalam mendedahkan jenayah Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, Al-Resheq menambah yang penutupan itu adalah satu usaha untuk menghalang saluran itu daripada menyampaikan berita tentang perjuangan di Gaza, dan serangan balas Hezbollah yang menyasarkan pangkalan tentera Israel.

Beliau menyatakan yang penutupan itu juga adalah sebahagian daripada “Pengumuman perang Israel ke atas para wartawan yang terdedah kepada keganasan sistematik zionis yang bertujuan mendedahkan kebenaran,” serta menekankan yang penutupan itu melanggar hak kebebasan wartawan. 

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai