Rabu , 02-10-2024 – Wakil Khas PBB berkaitan hak asasi manusia, Tlaleng Mofokeng, telah menggesa para petugas kesihatan diberi perlindungan di wilayah Palestin yang diduduki.
Berikutan syahidnya Dr. Ziad Al-Dalo dari Gaza semasa dalam tahanan Israel, Tlaleng Mofokeng berkata, “Ketika kita menghampiri ulang tahun pertama pembunuhan beramai-ramai, saya tetap terkejut dengan tindakan Israel secara terang-terangan mengabaikan hak bagi kesihatan di Gaza dan seluruh wilayah yang
diduduki.”
Dia menjelaskan bahawa Al-Dalo adalah seorang doktor perubatan residen di Hospital Al-Shifa di Kota Gaza dan telah ditangkap bersama petugas kesihatan lain semasa bertugas di hospital pada 18 Mac 2024, semasa serbuan oleh tentera Israel, dan meninggal dunia pada 21 Mac semasa dalam tahanan.
Dia menegaskan bahawa Al-Dalo adalah salah seorang daripada lebih 885 pekerja penjagaan kesihatan yang syahid di Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober, termasuk jururawat, petugas paramedik, doktor, dan kakitangan perubatan lain.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul