Rabu , 02-10-2024 – Regim Zionis Israel (IOF) menyerang sebuah keluarga Palestin dan menangkap aktivis keamanan asing di Masafer Yatta, selatan al-Khalil, di bahagian selatan Tebing Barat pada hari Ahad.
Aktivis Osama Makhamreh melaporkan bahawa IOF telah menyerbu kampung Al-Tuwani di Masafer Yatta dan menyerang keluarga Al-Harini.
Beliau menambah bahawa IOF menangkap aktivis keamanan asing selepas menghalang mereka daripada merakam dan mendokumentasikan pelanggaran serta serangan yang dilakukan oleh pendatang Yahuhdi terhadap rakyat tempatan.
Pada bulan Ogos 2024, tentera Israel dan pendatang Yahudi telah melakukan 1,228 serangan terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka di Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin