Categories
Berita Semasa

Al-Hindi: Arbel Yehud Dibebaskan Sebagai Tukaran 30 Tahanan Palestin

Selasa, 28/1/2025 – Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islam, Muhammad al-Hindi, mengumumkan bahawa tahanan Israel, Arbel Yehud, akan dibebaskan sebelum pertukaran tahanan yang dijadualkan, sebagai balasan bagi pembebasan 30 tahanan Palestin.

Dalam kenyataan kepada media, beliau menjelaskan bahawa persetujuan ini dicapai dengan syarat kepulangan ratusan ribu rakyat Palestin ke kediaman mereka di utara Gaza dikaitkan dengan pembebasan Arbel Yehud.

Sementara itu, Briged Al-Nasser Salah al-Din turut mengesahkan melalui satu kenyataan bahawa Arbel Yehud telah ditahan oleh gabungan pasukan Briged Al-Nasser dan Briged Al-Quds pada 7 Oktober 2023.

Penterjemah : Ezatul